Sahabat Platonik

Assalamualaikum.

Mungkin ramai yang x pernah dengar platonik. erm.. salah sorang kawan aku ada tanya “platonik tu ape? first time dengar” huhu.. secara ringkasnya ia hubungan persahabatan antara lelaki dan perempuan yang sangat rapat TANPA ada perasaan cinta!! diaorang juga berkongsi cerita, masalah, kegemaran or apa saja. Diaorang ini akan nampak selalu bersama dan mesra. Sebab tu x hairanlah kalau ramai yang salah anggap dengan perhubungan platonik ni.

aku juga pernah ada sahabat platonik. tapi itu tinggal kenangan dalam hidup. kenangan yang x mungkin dapat dilupakan.🙂 setelah lebih 10 tahun tiba2 aku rasa rindu dengan persahabatan itu. kenapa ye? hurm.. sebab aku mengharapkan persahabatan platonik dari dia walaupun memang jelas nampak mustahil untuk menjadi kenyataan.

Dia yang x pernah muncul dalam fikiran aku sebelum ni. tapi selepas kemunculan dia dalam tidur (hahaha mimpi je la nih), dia kerap muncul dalam fikiran aku tanpa pernah ada rasa rindu, sayang jauh sekali rasa cinta kat dia. cuma ada satu yang aku perasan, aku nak tengok muka dia n aku x boleh rasa jauh dari dia. hahaha.. gile.. dia tu antara kawan rapat aku la jugak.. bergurau kasar la jugak.. tetibe dok nak menatap muka dia bagai. aduh… dia tau pasal mimpi aku tu, pasal mende ni sume. sekarang kiteorang dah x macam dulu. aku tau perasaan aku yang x boleh nak jauh dari dia tu yang buat aku dan dia ada jurang sekarang. aku cuba buang rasa tu sebab aku nak persahabatan yang dulu dengan dia. hurm..tapi dia x pernah halang perasaan aku tu malah dia izinkan aku simpan perasaan tu. ye, aku akan simpan sampai bila2. aku akan pastikan korang yang baca entri aku ni x akan dapat tau siapa dia yang aku maksudkan.🙂

ni untuk dia :-
Terima kasih awak
Sebab pernah buat saya tersenyum sendiri
Pernah datang dalam fikiran saya
Pernah bagi pinjam muka awak yang konon nya hensem tu kan
Tak lupa juga pernah buat saya nangis
Saya juga nak minta maaf kat awak
Sebab sejak akhir2 ni
Banyak kerenah saya yang
Selalu ganggu awak
Banyak menyusahkan awak
Awak..
Secara peribadi
Terima kasih kerana meninggalkan kenangan dalam hidup saya
Kenangan yang belum tentu saya dapat lupakan
Kenangan yang hanya awak dan saya je yang tau
(tapi sekarang sape yang baca entri ni pun da tau, cuma dieorang x tau la sape awak)..🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: