UTeM ~ SUKUM KE 36

Maskot SUKUM Ke-36


UTeM PERKENALKAN LIMA ACARA BARU SUKUM KE 36

Bagi menghangatkan lagi penganjuran Temasya Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) buat kali ke 36 Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) selaku tuan rumah bagi penganjuran pada kali ini memperkenalkan beberapa acara baru yang akan berlangsung pada 8 hingga 17 Julai 2011 nanti di Kampus Induk UTeM Durian Tunggal.

Menurut Penolong Naib Canselor UTeM Engr Prof Dr Marizan Bin Sulaiman berkata secara keseluruhannya 24 acara akan dipertandingkan dalam kejohanan SUKUM ke 36 pada tahun ini. Seterusnya daripada 24 acara ini terdapat beberapa acara baru yang diperkenalkan oleh UTeM pada kali ini antaranya ialah acara berbasikal.

Tambah beliau acara berbasikal diperkenalkan bagi kategori lelaki senior dan lelaki veteran yang akan melibatkan penyertaan daripada sebahagian besar kontinjen SUKUM ke 36 ini. Acara berbasikal merupakan acara sukan yang teramat sinonim dengan UTeM kerana universiti ini telah diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) selaku Pusat Tumpuan Berbasikal bagi universiti-universiti Malaysia.

Seterusnya buat pertama kali juga UTeM memperkenalkan acara sepaktakraw bagi kategori pegawai kanan pentadbiran universiti-universiti Malaysia dalam kejohanan SUKUM ke 36 ini. Acara ini akan membuka ruang dan peluang kepada golongan ini bagi menonjolkan bakat dan kelincahan sukan yang ada pada mereka.

Antara syarat-syarat yang dikenakan bagi penyertaan acara ini ialah pegawai kanan yang dimaksudkan ialah sekiranya dari kumpulan pentadbiran mestilah dari gred 48 dan ke atas manakala kakitangan akademik pula mestilah dari gred 52 dan ke atas serta memegang jawatan Ketua Pusat Tanggungjawab (PTj). Semestinya acara ini mampu mengeratkan lagi jalinan keserakan dalam kalangan universiti-universiti Malaysia.

Tambah Marizan Sulaiman lagi, dalam mencorakkan lagi kelainan bagi acara kejohanan SUKUM ke 36 ini UTeM buat pertama kalinya memperkenalkan acara karom kategori wanita. Acara ini juga bakal menarik perhatian yang tersendiri pada kali ini kerana ianya terbuka kepada semua peringkat usia dalam kalangan staf universiti-universiti Malaysia.

Selain itu UTeM turut mengadakan acara bagi olahraga jemputan, sepaktakraw jemputan dan badminton jemputan dalam SUKUM ke 36 ini bagi universiti-universiti dalam kawasan Asia Tenggara yang mempunyai jalinan dan hubungan akrab dengan IPTA Malaysia.

Kelima-lima acara baru yang diperkenalkan UTeM ini akan mempamerkan aksi tersendiri dari kalangan atlet dan peserta yang bertanding dan bakal mencorak gaya dan sejarah baru yang akan dipamerkan pada kejohanan SUKUM ke 36 pada tahun ini.

Diharap temasya SUKUM ke 36 anjuran UTeM pada tahun ini akan mencatat sejarah tersendiri dan mengukir nama selaku penganjur yang bersama menyemarakkan semangat dan mutu sukan tanahair.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: