Malaysia Punya Pemain Boling Padang Bertaraf Dunia

KUALA LUMPUR: Malaysia mempunyai pemain lelaki nombor satu dunia dalam acara boling padang, namun sukan ini didakwa seakan dianaktirikan apabila kurang mendapat perhatian daripada Majlis Sukan Negara (MSN).

Naib presiden Persekutuan Lawn Bowls Malaysia (PLBM) Azizan Mohd Zain berkata selain Safuan Said yang bergelar pemain lelaki nombor satu dunia, Malaysia juga mempunyai pemain wanita, Siti Zalina Ahmad yang menduduki ranking keempat pemain wanita dunia. “Namun acara boling padang tidak sepopular sukan lain. Kalau badminton mempunyai pemain nombor satu dunia (Datuk Lee Chong Wei), skuasy ada Datuk Nicol David, berbasikal ada Azizul Hasni Awang dan Anuar Manan, boling padang juga ada Safuan dan Siti Zalina,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Azizan mengaku walaupun MSN memberi bantuan sepenuhnya kepada PLBM serta menyenaraikan Safuan dan Siti Zalina dalam Program elitnya, PLBM merasakan promosi untuk mempopularkan sukan itu masih kurang.

Beliau mendakwa MSN sepatutnya bertindak lebih pro-aktif untuk mempopularkan sukan itu terutama di peringkat akar umbi supaya setanding sukan lain yang mempunyai atlet kelas terbaik dunia.

Beliau berkata Malaysia bukan sahaja mempunyai pemain dan jurulatih boling padang yang bertaraf dunia tetapi Malaysia juga berada dalam ranking ketiga terbaik dunia.

Negara luar seperti India dan Brunei, katanya turut meminta khidmat jurulatih tempatan untuk melatih pasukan negara mereka.

“PLBM masih menimbang permohonan itu kerana tumpuan persekutuan masa kini ialah melatih lebih ramai pemain tempatan,” katanya.

Skuad PLBM kini terdiri daripada Skuad Elit, Skuad Pelapis (Gemilang Bawah 21 Tahun) dan Skuad Tunas Harapan (Bawah 12 Tahun). -BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: