boss oh boss..

Hari ke-5 start kerja setelah 3 bulan cuti bersalin. Alhamdulillah…Nayli dan emir semakin membesar dengan sihat.
Hari ni puan boss x de lagi. Bulan mei ni beliau sangat bizi.. Tapi masih sempat meninggalkan kerja ye.. x dapat la berjimba-jimba sgt..😛
Tetibe ari ni teringat tentang penyakit puan boss.. SLE @ lupus orang selalu sebut. Aku pon x tau sgt sakit mende ni. Setelah di google inilah hasilnye :-

Apakah SLE?
Systemic Lupus Erythematosus (SLE) adalah penyakit kronik auto-imun di mana badan pesakit menghasilkan protein darah dengan banyaknya. Protin darah yang dipanggil antibodi ini dengan sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu seseorang. Punca penyakit SLE tidak diketahui.

Sejarah
Lupus ialah perkataan Latin bagi serigala. Erythematosus bererti ruam merah. Pada tahun 1851, Dr. Cazenave telah menjumpai ruam merah di muka seorang pesakit yang kelihatan seperti gigitan serigala. Beliau telah menamakan ruam berkenaan Discord Lupus Erythematosus (DLE).

Pada tahun 1885, Sir William Osler telah mengenalpasti bahawa ramai orang yang mengidap lupus mempunyai penyakit yang bukan sahaja melibatkan kulit tetapi turut melibatkan organ dan sistem lain. Beliau telah menamakan penyakit tersebut Systemic Lupus Erythematosus (SLE).

Jenis-jenis Lupus
Discoid Lupus Erythematous (DLE)
* Hanya melibatkan kulit
* Jarang merebak ke organ lain
Systemic Lupus Erythematosus (SLE)
* Boleh merebak ke organ lain
* Boleh mengakibatkan kematian

Statistik
Lebih kurang 90% pengidap SLE adalah wanita sementara 10% adalah lelaki dan kanak-kanak.
Lebih kurang 90% wanita yang mengidap SLE berada di dalam lingkungan umur boleh hamil iaitu di antara 15 hingga 50 tahun.
Ratio pengidap SLE:
Di Barat, di kalangan Afro-Caribbeans – 1 dalam 250 –500 orang
Di Amerika Syarikat – 1 dalam 2,000 orang
Di negara China – 1 dalam 1,000 orang

Di Malaysia dianggarkan lebih daripada 10,000 orang telah disahkan mengidap SLE dalam jangka masa 30 tahun kebelakangan ini. Namun demikian, PSLEM percaya ada ramai lagi mereka yang mengidap SLE yang belum disahkan.

Apa itu SLE?
Ia adalah sejenis penyakit kronik yang berlaku akibat kecelaruan sistem ketahanan tubuh atau rangkaian sel dan organ yang bertindak melindungi tubuh daripada serangan benda asing.Sistem ketahanan tubuh akan menghasilkan antibodi apabila ia mengesan organisma yang memasuki tubuh dan antibodi ini bertindak mempertahankan tubuh daripada serangan jangkitan organisma itu.Bagi pesakit SLE, antibodi yang terhasil menyerang sel-sel tubuh sendiri. Mana-mana organ di dalam tubuh pesakit boleh mendapat serangan, dengan menunjukkan gejala yang berbeza-beza.

SLE – Elak Stres, Fikir Positif

Pesakit SLE tidak perlu terlalu gusar kerana penyakit ini boleh dirawat dan sebagai memperbetulkan salah tanggapan – SLE bukan sejenis penyakit berjangkit.Berita baiknya juga, pesakit wanita yang berkahwin juga boleh hamil dan mendapatkan zuriat sendiri, tentunya di bawah pengawasan doktor.Lupus mengambil sempena nama `serigala’ dalam bahasa latin kerana ciri-ciri persamaan menyerang di antara kedua-duanya.
Ia boleh menyerang tanpa pengetahuan pesakit kerana taktik penyamaran liciknya membuatkan penyakit ini sukar didiagnos semasa rawatan kali pertama.Dalam sesetengah kes, ia boleh mengambil masa yang lama sebelum disahkan oleh doktor.

Pakar Perubatan Unit Reumatologi, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Mohd. Shahrir Mohammed Said berkata, SLE merupakan satu penyakit pelbagai organ yang kronik dan kadangkala membahayakan nyawa!Setiap pesakit SLE adalah unik dan oleh itu mempunyai pelbagai manifestasi dan prognosis yang berbeza. Prevalens SLE mencatatkan nisbah antara 40 hingga 50 kes bagi 100,000 penduduk.Terdapat lebih ramai pesakit wanita berbanding lelaki dengan nisbahnya 10:1, terutamanya di kalangan wanita yang berada pada tahap subur, berusia 20 hingga 40 tahun.

Punca-punca
Punca sebenar penyakit ini belum dapat dipastikan tetapi kemungkinan besar mempunyai kaitan rapat dengan gabungan pelbagai faktor seperti genetik, hormon, sistem imun badan dan persekitaran seperti virus Ebstein Barr.Dalam kebanyakan pesakit SLE, terdapat gen-gen tertentu yang lebih banyak frekuensinya berbanding dengan mereka yang sihat.

Kebarangkalian mewarisi gen-gen itu adalah tinggi bagi keturunan pesakit tersebut biarpun bukan seratus peratus.Unsur ultraungu di dalam sinaran matahari merangsang sel-sel keratin di dalam kulit untuk mewujudkan protein-protein asing di permukaan sel.Kesemua faktor di atas akan berhubung kait antara satu sama lain dan mewujudkan antibodi terhadap tisu-tisu badan dan penghasilan kompleks imun.Kompleks-kompleks inilah yang bertanggungjawab terhadap kerosakan yang berlaku di dalam badan pesakit SLE.

Gejala-Gejala SLE
– Sakit sendi atau bengkak sendi/artritis
– Rasa lesu 50 peratus.
– Demam yang tidak tentu
– Pecah-pecah mulut
– Masalah kulit
– Buah Pinggang
– Sistem Saraf
– Gugur rambut
– Tompok-tompok merah atau ruam merah berbentuk kupu-kupu pada bahagian muka
– Kiraan darah putih yang rendah
– kiraan platelet rendah
– Sawan
– gangguan urat saraf.

Perhatian
Kebanyakan pesakit SLE sudah pun mempunyai gejala-gejala seperti di atas semasa berjumpa doktor.Gejala-gejala ini boleh timbul secara sendirian lantas menyukarkan diagnosis ataupun secara serentak.Ia juga boleh timbul pada masa-masa berlainan yang boleh menyebabkan tertundanya diagnosis SLE.

Diagnosis
Selain beberapa ujian darah yang diperlukan, ujian air kencing juga diperlukan bagi mengesan protein dan sel darah merah termasuk yang abnormal di dalam air kencing, di samping mengukur kandungan protein di dalam air kencing yang berkaitan dengan tahap kreatinin.

Penglibatan organ-organ dalaman seperti buah pinggang, perlu dikesan lebih awal kerana kerosakan organ tersebut berlaku secara halus sebelum siasatan darah menjadi abnormal.

Rawatan
– Menentukan keaktifan penyakit SLE dan penglibatan organ-organ.
Keaktifan penyakit merujuk kepada keradangan organ-organ yang terlibat dan darjah kerosakan organ merujuk pula kepada indeks kerosakan sesuatu organ itu.

Keaktifan penyakit, diukur melalui sejarah klinikal, pemeriksaan pesakit secara teliti, ujian spesifik organ-organ dan serologi.
– Pengubahsuaian gaya hidup.
Diet yang sesuai bergantung kepada ciri-ciri SLE yang dialami pesakit. Mereka yang mempunyai SLE aktif memerlukan kalori yang bertambah.Rawatan steroid menambahkan selera makan pesakit SLE. Justeru, kebanyakan pesakit mempunyai berat badan yang berlebihan.Sementara itu peningkatan paras lemak berlaku di dalam pesakit yang mempunyai hefrotik atau yang diberi rawatan steroid.Oleh itu, mereka perlu mengawal pemakanan melalui pengambilan diet rendah lemak.Rawatan menggunakan ubat statin boleh diberikan jika paras kolesterol masih tinggi selepas pengawalan diet.Pesakit SLE tidak perlu mengambil vitamin kecuali jika mereka kurang selera makan.Kebanyakan pesakit SLE juga mempunyai paras vitamin D aktif rendah manakala pesakit yang menerima steroid perlu diberikan kalsium, vitamin D dan bisfosfonats untuk meminimumkan kehilangan tulang.

– Senaman; kekurangan aktiviti badan semasa berlakunya peringkat aktif menyebabkan kehilangan otot-otot badan dan pengurangan stamina.

Oleh itu seseorang pesakit digalakkan menjalani senaman secara berperingkat-peringkat.
– Merokok boleh meningkatkan risiko SLE. Perokok juga mempunyai keaktifan SLE yang tinggi.
– Elakkan tekanan kerana ia boleh menyebabkan SLE menjadi aktif. Perlu berfikiran positif sentiasa.
– Perlindungan kulit, seperti menggunakan perlindungan matahari SPF sekurang-kurangnya 45. Pesakit digalakkan memakai payung, topi atau baju lengan panjang.

Peluang kehamilan
Sehingga kini, belum ada bukti-bukti yang menunjukkan SLE menyebabkan masalah ketidaksuburan di kalangan penghidapnyaSebelum tahun 1990, pesakit SLE dinasihatkan supaya tidak hamil. Ini kerana risiko keguguran adalah tinggi selain mendatangkan masalah kepada ibu dan janin.Bagaimanapun perkembangan pantas dalam dunia perubatan hari ini telah memberi berita baik bagi wanita, iaitu kehamilan tidak membahayakan mereka.Ini kerana kemungkinan SLE menjadi aktif adalah rendah disebabkan penyakit itu sudah boleh dikawal.Paling penting, andai pesakit SLE ingin mengandung, mereka perlulah mendapatkan kaunseling dengan pakar reumatologi dan juga pakar sakit puan dan perbidanan.Pesakit akan mengalami masalah sekiranya penyakit itu aktif semasa mengandung serta penyakit buah pinggang yang aktif.Apa yang penting di sini adalah pesakit mengandung jangan berlengah berjumpa doktor dan mendapatkan rawatan susulan yang kerap bagi mengesan SLE daripada menjadi aktif.(sumber : mayandhanis.blogspot.com)

Dan tetibe aku jadi sayu plak.. Erm.. x dapat tukan pon x pe kot.. puan boss adalah seorang ketua yg baik ape.. Die pon rapat ngan aku. Banyak bende yg die share story ngan aku. Hurmmm… Puan boss, saye hanya mampu doakan yg terbaik buat puan boss.. sebab puan boss kata, x de ubat dah untuk sakit die.. Puan boss…. saya sayangkan puan..🙂 (bukan bodek ye, harap maklum)

20 minggu sudah…

Diam-diam, rupanya si kecik kat dalam ni dah lima bulan. Patut la semakin aktif, keje nak tendang perut ummi jek.. pas makan, lagilah aktif dia berguling2. Malam waktu ummi nk tido, time tu la dia berguling2..Walau sakit siket, nak-nak time dia tendang kat bahagian tulang pelvic tuh, aku suka sebab aku tau dia sihat kat dalam ni..🙂

Emir semakin suka dengan perut aku yg makin membesar ni. tiap ari nak cium.. lagi2 time nk tido, “nak muah.. nak muah..”.. sambil2 tu aku cakap la kat emir, nanti emir jaga adik tau.. ambilkan pampers adik, buatkan susu adik..

Tuhan jagakan dia

Alhamdulillah, 9 weeks sudah. Semoga peralihan minggu ni akan berlalu ketidakselesaan pada diri. Walaupun masih ada morning sickness. hurmm bukan setakat morning jek nih..😦

Peknen 2nd baby ni tak nak bergantung sangat pada en suami. Tapi da 2 maggu berturut die ironkan baju keje. Masa emir dulu, semua en suami yg buat. So kali ni, aku cuba tak nak bergantung sangat. Tapi… awal peknen ni keadaan aku agak teruk. Kesian en suami, makin banyak keje yg dia kene buat. Kalau dulu setakat jaga makan, pakai aku sekarang en suami juga perlu beri perhatian kepada emir. Bukan setakat perhatian, penjagaan emir pun. Kadang2 mengalir air mata ni.. kesian en suami penat keje balik umah nak uruskan macam2. Tak de rungutan yang aku dengar masam muka pun tak de. Terima kasih abang. Terima kasih Allah, beri aku suami yang sempurna dimataku.

Abang, tetibe rindu sangat kat abg😛
abang jaga diri bebaik tau, jaga kesihatan, abang tak boleh sakit sebab kiteorang memerlukan abang tuk jaga kiteorang.
Lagu ni untuk abang yang tak pernah jemu layan kerenah isteri dan anakmu🙂

Hanya dirimu yang kucinta
Takkan membuat aku jatuh cinta lagi
Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku

Walau kutahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apaadanya ku kan tetap setia kepadamu

Tuhan jagakan dia,
dia kekasihku kan tetap milikku
Aku Sungguh mencintai
sungguh menyayangi setulus hatiku

love my permata hati and our syurga cinta.

SUKUM 2012 UUM

Bermula dengan semangat yang berkobar2 utk menyahut cabaran di green Lawn Bowls Alor Star. Turun training bersama team🙂 namun dikejutkan dengan good news yang memang tak disangka2. Alhamdulillah it’s positif. Emir Firdaus akan dapat adik. wuhuuu..

Masih ingin meneruskan perjuangan di UUM. Kuatkan semangat and keyakinan diri. Tapi kian hampir di penghujung kem pemantapan team, aku merasakan keadaan diri tak meyakinkan aku utk meneruskan hasrat ke UUM. Encik suami memberi kepercayaan kepada aku untuk membuat sendiri keputusan. 100% aku sendiri. Dia tetap memberi semangan dan dorongan untuk aku meneruskan perjuangan sebab tean juga memerlukan aku. Seharian menahan sakit tapi masih mampu berfikir, akhirnya aku akur… aku harus menarik diri..😦 itu keputusan aku. Aku yakin ada hikmah disebalik keputusan ini. Ummi akan pastikan anak ummi berada dalam keadaan baik2.🙂

Menghantar team naik bas ke UUM malam tu dengan tangisan.. huhhh.. sedih sesangat plak..

1K cash ke hadiah lain sempena birthday?

kalau korang diberi pilihan untuk hadiah birthday, mane korang nak?

a) RM1000 cash
b) ape2 hadiah yang harganya tak melebihi RM1000 (ia boleh jadi cincin emas, handphone, bunga atau cuma sekeping kad ucapan)

Bagi yang suke shopping cam aku, da tentu2 pilih cash tu kan. Tapi bagi yang menantikan hadiah hari lahir dari cinta hati, dieorang tak berapa heran sangat la ngan 1K tu (pun macam aku gak). Apalah sangat nilai duit tu kalau nk dibandingkan barang yang boleh disimpan sebagai kenangan (yang satu hari nanti mampu buat kita tersenyum bila melihatnya)

Wahai en.somi, sesungguhya isteri mu ini cuma mengharapkan sekeping kad ucapan hari jadi jek. Sebab tak hari jadi pon dapat hadiah. Tu belum masuk yang mintak itu, mintak ini. itu pun kire hadiah gak. Sebab bile minta je dapat. Terima kasih abang🙂 Dari kawan, cintan cintun, tunang, kawen, (tempoh tu semua lebih kurang 9 tahun) tahun 2006 jek yang aku dapat kad ucapan hari lahir + hadiah la (tahun lain hadiah tanpa kad). Bukan tak bersyukur… cam yang aku cakap td la.. hadiah bila2 bole dapat. Erm.. en.somi x tau nak tulis pe kat kad tu kot. Kad yang 1 tu pon dia tulis sesuatu yang ringkas (tapi masih mampu buat aku tersenyum bila membacanya) lepas tu dia print gambar aku saiz A4 (kad tu besar saiz A4) and ada lirik lagu kat gambar tu. Ada 3 helai so 3 lagu la..🙂 romatik ke jiwang nih?😛

pagi itu, 15 mei tahun ini, 1 sampul di atas meja.. wink..wink.. adakah?? aku capai lalu buka… duit pe plak nih? nak suh aku bankin ke? Kad yang diharapkan tiap tahun tak muncul lagi!!! arghhhh.. frustnyeee!!! tak boleh jadi ni, aku nak luahkan gak tahun ni. kalau tak memang die tak faham. Tak kan tiap taun aku nak baca kad yang sama jek..😛 hurm.. rupenye duit 1K cash tu hadiah besday aku… En. somi da x tau nk bg ape.. hahaha..

abang…abang.. cukuplah sekeping kad yang pada 15 mei.. tiap tahun pun x pe.. huhu.. untungkan dapat isteri cam saye..😀 15 mei je tau.. tarikh n bulan2 lain kire sama jek..🙂

Puas da fikir nak beli ape ngan 1K tu. masih tersimpan rapi sehingga hari ini. Mugkinkah untuk dihabiskan jalan2 oktober nanti?🙂 memang tahan telinge la aku pas tu.😛

Menghitung hari yang hampir pasti

Aku pun tak pasti sebenarnya tentang tajuk nih. Nak gambarkan gembira ke sedih. “pehal plak nak sedih bagai, bukan ini ke yang kau nak beb?” Yesss… aku yang nak sebelum rasa tu wujud. Sekarang aku keliru. Memang nak tapi…….

countdown to the July 2012! aku dah tak dapat nak menafikan yang aku akan tukar juga akhirnya. Hari ni kali ke-2 aku call orang yang berkenaan tu. Sangat friendly, senang berurusan dengan beliau. Nak tanya pun tak segan. En Aminnuddin namanya.🙂 Dialah yang menguruskan hal pertukaran terbuka jabatan tempat aku kerja ni.

Katanya sekarang da hampir final. Bila aku tanya dah tau ke mereka2 yang akan ditukarkan? Dengan jujur beliau cakap “sudah”. Aku tanya lagi boleh tak nak tau nama saya ada ke x? Diam seketika…. Boleh la En. Aminnuddin (tak ada langsung nada2 gedik ye, ala2 merayu kot.. muahaha). Tetibe beliau cakap “ok, bagi no.staff”. Wuhuuu..dengan pantas aku trus sebut.. sambil beliau check2 tu, beliau tanya rasa2 dapat tukar tak? Ayat yang keluar kat mulut aku “dengan harapan dapat”. Hehehe lepas tu beliau cakap memang ada nama dan kompem dapat” winkwink.. Tak cukup dengan tu, ade lagi yang aku tanye agak2 boleh dapat tak tempat yang saya mohon tu? erm.. bergantung pada kekosongan bla..bla..bla.. (peramahkan beliau)🙂. huhu.. dah tau ke bila saya kena tukar? hoho.. tanye direct siot.. Aku rasa la kan beliau pun tersengih dengar soalan aku tuh. Jawapan beliau itu kena tunggu mesyuarat final dalam minggu ni. Kalau tak April, julai la.. Setelah berpuas hati aku dengan budi bahasanya minta maaf kot la aku ganggu time dia and say thanks to beliau.

Letak tpon, aku terdiam. Menghembus nafas yang panjang. terukir senyum yang tak pasti keikhlasanya. Rasa tu datang lagi!! cepat2 aku ucap “Ya Allah aku redha dengan segala ujian KAU ini, beri aku pahala atas redha ini Ya Allah”. Mungkin ini yang terbaik untuk persahabatan kiteorang. BERJAUHAN, TAK SEBUMBUNG. Kuatkah aku berjauhan dari dia? Makin jauhkan jalinan persahabatan itu nanti? Perjanjian kami “akan kawan sampai bila2 walau apa pun terjadi”.

Sahabat Platonik

Assalamualaikum.

Mungkin ramai yang x pernah dengar platonik. erm.. salah sorang kawan aku ada tanya “platonik tu ape? first time dengar” huhu.. secara ringkasnya ia hubungan persahabatan antara lelaki dan perempuan yang sangat rapat TANPA ada perasaan cinta!! diaorang juga berkongsi cerita, masalah, kegemaran or apa saja. Diaorang ini akan nampak selalu bersama dan mesra. Sebab tu x hairanlah kalau ramai yang salah anggap dengan perhubungan platonik ni.

aku juga pernah ada sahabat platonik. tapi itu tinggal kenangan dalam hidup. kenangan yang x mungkin dapat dilupakan.🙂 setelah lebih 10 tahun tiba2 aku rasa rindu dengan persahabatan itu. kenapa ye? hurm.. sebab aku mengharapkan persahabatan platonik dari dia walaupun memang jelas nampak mustahil untuk menjadi kenyataan.

Dia yang x pernah muncul dalam fikiran aku sebelum ni. tapi selepas kemunculan dia dalam tidur (hahaha mimpi je la nih), dia kerap muncul dalam fikiran aku tanpa pernah ada rasa rindu, sayang jauh sekali rasa cinta kat dia. cuma ada satu yang aku perasan, aku nak tengok muka dia n aku x boleh rasa jauh dari dia. hahaha.. gile.. dia tu antara kawan rapat aku la jugak.. bergurau kasar la jugak.. tetibe dok nak menatap muka dia bagai. aduh… dia tau pasal mimpi aku tu, pasal mende ni sume. sekarang kiteorang dah x macam dulu. aku tau perasaan aku yang x boleh nak jauh dari dia tu yang buat aku dan dia ada jurang sekarang. aku cuba buang rasa tu sebab aku nak persahabatan yang dulu dengan dia. hurm..tapi dia x pernah halang perasaan aku tu malah dia izinkan aku simpan perasaan tu. ye, aku akan simpan sampai bila2. aku akan pastikan korang yang baca entri aku ni x akan dapat tau siapa dia yang aku maksudkan.🙂

ni untuk dia :-
Terima kasih awak
Sebab pernah buat saya tersenyum sendiri
Pernah datang dalam fikiran saya
Pernah bagi pinjam muka awak yang konon nya hensem tu kan
Tak lupa juga pernah buat saya nangis
Saya juga nak minta maaf kat awak
Sebab sejak akhir2 ni
Banyak kerenah saya yang
Selalu ganggu awak
Banyak menyusahkan awak
Awak..
Secara peribadi
Terima kasih kerana meninggalkan kenangan dalam hidup saya
Kenangan yang belum tentu saya dapat lupakan
Kenangan yang hanya awak dan saya je yang tau
(tapi sekarang sape yang baca entri ni pun da tau, cuma dieorang x tau la sape awak)..🙂

gred gaji baru penjawat awam sbpa

nak share lg nie..🙂

Kenaikan pangkat daripada :

DG 1-1 ke DG 1-2 = 8 tahun,
DG 1-2 ke DG 1-4 = 8 tahun,
DG 1-4 ke DG 1-5 = 6 tahun
DG 1-5 ke DG 1-6 = 3 tahun

Kenaikan tahunan untuk :

DG 41…RM 230
DG 44…RM 250
DG 48…RM 270
DG 52…RM 290
DG 54…RM 320

GAJI PERMULAAN :

DG 41 ( DG 1-1 ) RM 1925….maksimum RM 6220
DG 44 ( DG 1-2 ) RM 2985….maksimum RM 7235
DG 48 ( DG 1-4 ) RM 4390….maksimum RM 8710
DG 52 ( DG 1-5 ) RM 5260….maksimum RM 9610
DG 54 ( DG 1-6 ) RM 7025….maksimum RM 11,505

Ringkasan untuk Gred Gaji Baru SBPA 2011 Kod ‘N’ :

Gred N5-1 (SSM – N11) 850 – 2390 kgt 80
Gred N4-1 (SSM – N17) 955 – 2780 kgt 95
Gred N4-3 (SSM – N22) 1920 – 3530 kgt 115
Gred N3-1 (SSM – N27) 1410 – 4185 kgt 145
Gred N3-4 (SSM – N36) 3035 – 5555 kgt 180

Gaji baru Kod ‘N’ ini diumumkan dalam Facebook Page Abu Bakar Haji Abdullah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia. Dalam masa yang sama juga, penjawat awam jangan lupa tentang 1/2 bulan gaji atau minimum RM500 yang akan diterima pada bulan ini juga.

Gaji kakitangan awam akan disemak setiap 3 tahun sekali, bermakna 2015 ada lagi semakan, demikian juga pada 2018. Pada 2013 dan 2016 kadar elaun akan disemak semula.

Pada 2014 dan 2017 pelarasan gaji akan dilakukan bergantung kepada kedudukan kewangan kerajaan supaya menjelang 2020 pendapatan perkapitan kakitangan awam pada 2020 adalah USD15,000, kalau didarabkan kepada RM berapa?

Selepas ini tiada lagi gred DG 41, 44, 48, 52, dan 54. Semua gred DG itu diganti dengan 1-1,1-2,1-4,1-5 dan 1-6.

Lepas ni pasti kesemua kaki tangan awam ramai yang terseyum lebar kerana gaji-gaji yang disarankan sudah lebih dari memadai.hehe..

kredit kepada-http://www.decrewz.com/

Jadual Pembayaran Gaji 2012

Kali ni nak share ngan koeang jadual pembayaran gaji tuk taun 2012.. So sesape ng nk tunang ke kawen ke.. bole r wat bajet siap2.. yang dijemput pon bole r wat bajet gak.. nak bagi hadiah beso ke kecik ke..

Jan (16/1 – Isnin) *Tahun Baru Cina 23 & 24/1/2012
Feb (23/2 – Khamis)
Mac (22/3 – Khamis)
Apr (25/4 – Rabu)
Mei (23/5 – Rabu)
Jun (25/6 – Ianin)
Jul (25/7 – Rabu)
Ogs (13/8 – Isnin) * Hari Raya Puasa 19 & 20/8/2012
Sep (25/9 – Selasa)
Okt (22/10 – Isnin) * Hari Raya Haji 26/10/2012
Nov (6/11 – Selasa) * Deepavali 13/11/2012)
Dis (18/12 – Selasa) * Krismas 25/12/2012

ummi & emir ~ 3 malam tanpa ayah

Hari ni ayah g kursus kat pahang.. 3 malam kat sane.. emir x penah tdo mlm x de ayh kan.. x tau la emir rase lain ke x??? sbb selalu ayh yg rajin tdokan emir.. layan kerenah emir sblum tdo.. bangun wat susu emir.. kadang tukar pampers emir..
ummi mestilah terase bile ayah x de.. tapi thun ni ummi pon da pernah tinggalkan emir n ayah kan.. 6 malam kalau x silap..
ayah baru pegi ari ni.. belum pon 1 mlm.. emir x tau pape lg.. masih x paham.. nt kalau emir da pandai cakap, kite sembang2 ea..🙂

« Older entries